Home SemasaBeritahu Anwar teruskan perjuangan mulia beliau, pesanan terakhir Haniyeh – Johari Abdul

Beritahu Anwar teruskan perjuangan mulia beliau, pesanan terakhir Haniyeh – Johari Abdul

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – “Bila pulang sila beritahu Anwar Ibrahim teruskan perjuangan mulia beliau,” itu pesanan terakhir Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh sebelum dibunuh di Tehran, Iran baru-baru ini.

Pesanan itu disampaikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika berucap di pentas Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, pada Ahad.

“Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meminta saya terbang ke Tehran untuk mewakili Malaysia pada perasmian presiden baharu Iran, saya akur,

“Disana, saya berjumpa dengan Speaker dan Presiden Iran. Semasa majlis itu, Ismail Haniyeh duduk betul-betul di hadapan saya,

“Perkara pertama yang dia tanya ialah, apa khabar Anwar Ibrahim?. Saya terus sampaikan salam Perdana Menteri kepadanya,” katanya mengimbau pertemuannya dengan Haniyeh.

Johari menambah, dalam perbualan tersebut, bekas Perdana Menteri Palestin itu sempat memberi pesanan terakhir sebelum dibunuh pada malam yang sama.

“Saya cuba panjangan perbicaraan (tentang) keluarganya, dia kata kepada saya, bila pulang nanti beritahu Anwar Ibrahim teruskan perjuangan mulia beliau,” kata Johari dalam suara yang sebak.

Menurut Johari, ketika bertemu Allahyarham beliau turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergiaan ahli keluarganya yang telah dibunuh zionis Israel.

“Dia pegang saya, dia kata wahai saudaraku, beritahu merkea semua bahawa manusia di muka bumi ini akan mati. Keluarga saya telah pergi, yang membunuhnya juga akan pergi… persoalannya bagaimana kita berhadapan dengan tuhan nanti,” jelasnya lagi.

Himpunan Pembebasan Palestin diadakan bertujuan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Antara program yang diselitkan sepanjang himpunan berlangsung adalah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas, persembahan nasyid dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta ramai lagi.-airtimes.my

#Semasa #Malaysia #airtimes #Palestin #pembebasan #DSAI

Related Articles

Leave a Reply