Home SemasaTurkiye veto kerjasama Israel-NATO semenjak Perang Gaza meletus

Turkiye veto kerjasama Israel-NATO semenjak Perang Gaza meletus

Peperangan di Gaza jadi pendorong kepada Turkiye untuk sekat sebarang aktiviti dan perhubungan antara NATO dengan Israel.

by M.Daim
A+A-
Reset

ANKARA, 2 OGOS – Turkiye didakwa telah menyekat kerjasama antara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan Israel semenjak Oktober berikuta peperangan di Gaza.

Sekatan tersebut telah menidakkan pertubuhan itu untuk berhubung dengan Israel sebagai negara rakan NATO.

Menurut laporan media antarbangsa, sekatan itu dibuat sehingga konflik di Gaza tamat.

“Sebelum tercetusnya perang di Gaza (yang bermula 7 Oktober), Turkiye yang juga negara anggota NATO telah berusaha untuk memperbaiki hubungan yang tegang dengan Israel,

“Semenjak 7 Oktober, Ankara telah bertindak tegas dan mengkritik Israel terhadap operasi mereka di Gaza,

“Malah, Turkiye turut menyatakan operasi di wilayah bergolak itu sebagai pembunuhan beramai-ramai dan turut menyekat perdagangan 2 hala,” kata laporan Reuters yang memetik sumbernya.

Menurut laporan itu, Turkiye telah bertindak mengenakan veto  terhadap semua perhubungan NATO dengan Israel semenjak Oktober.

Sekatan itu turut meliputi mesyuarat bersama dan latihan.

“Veto dibuat kerana pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel di Gaza adalah satu pelanggaran terhadap prinsip penubuhan NATO,” kata laporan itu.

Ankara turut dilaporkan akan terus menyekat dan tidak membenarkan Israel untuk berusaha atau menyambung interaksi mereka denan NATO sehingga perang Gaza tamat. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply