Home SemasaMenteri Komunikasi: Semua dijemput hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini

Menteri Komunikasi: Semua dijemput hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini

Himpunan Pembebasan Palestin akan diadakan di Axiata Arena pada Ahad ini.

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 2 OGOS – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini menyeru orang ramai untuk hadir dan penuhi Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut di akaun media sosial rasminya pada hari ini.

“Semua dijemput hadir! Himpunan Pembebasan Palestin disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan perhimpunan yang diadakan pada pukul 8 malam Ahad adalah bertujuan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

“Kita sudah berbincang dalam Kabinet, kita sudah membuat kenyataan tegas dan kita akan ada perhimpunan hari Ahad ini. Saya ingat ini sudah cukup untuk kita menyampaikan mesej,” kata Anwar Ibrahim, semalam. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa

Related Articles

Leave a Reply