Home SemasaLaksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain pangku Panglima Tentera Laut

Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain pangku Panglima Tentera Laut

Panglima Tentera Laut ke-18, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob bercuti mulai 1 Ogos 2024 sebelum bersara wajib pada 2 Disember 2024

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 OGOS – Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob secara rasminya menyerahkan tampuk pemerintahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain sebagai Pemangku Panglima Tentera Laut.

Satu Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Laut yang telah dilaksanakan di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, Majlis Serah Terima Tugas itu telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

“Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 pada 27 Januari 2023 dan akan mula bercuti mulai 1 Ogos 2024 sebelum bersara wajib pada 2 Disember 2024,

“Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah melakar sejarah tersendiri kerana beliau merupakan Submariner pertama yang dilantik sebagai Panglima Tentera Laut,” kata kenyataan itu.

#AirTimes #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply