if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Nahas Elmina: Laporan akhir dikeluarkan Ogos ini

Nahas Elmina: Laporan akhir dikeluarkan Ogos ini

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 18 JUL- Laporan akhir berhubung kes pesawat N28JV yang terhempas berhampiran dengan kawasan perumahan di Elmina Seksyen U16, Shah Alam pada tahun lalu akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 16 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laporan akhir itu akan dikeluarkan selepas 60 hari Draf Laporan Akhir diterima iaitu selepas proses semakan dilakukan.

“Draf laporan akhir telah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun 2024 lalu dan telah dihantar untuk semakan.

“Semakan atau komen akan dibuat oleh National Transportation Safety Board
(NTSB) USA, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Adrep ICAO, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) pemunya pesawat dan Jet Valet Sdn Bhd sebagai operator pengendali pesawat,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berhubung perkembangan terkini hasil siasatan terhadap insiden pesawat terhempas di Elmina.

Pada 17 Ogos 2023 lalu, sebuah pesawat Beechcraft Model 390 terhempas berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam, Selangor.

Nahas itu mengakibatkan seramai 10 individu terkorban termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?