Home SemasaBRICS: Kurangkan kebergantungan Malaysia dalam pasaran AS, Eropah

BRICS: Kurangkan kebergantungan Malaysia dalam pasaran AS, Eropah

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

Malaysia berharap dapat meningkatkan peluang kerjasama ekonomi kesemua negara anggota dengan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.

YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelbagai dasar dan peraturan unilateral perdagangan baharu semakin giat diperkenalkan oleh Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Namun, ia memberi cabaran kepada negara-negara membangun untuk mematuhinya.

Dalam pada itu, kerajaan sedar terhadap kebergantungan perdagangan kepada pasaran tradisional

Akan tetapi, memberi risiko kepada ekonomi dalam jangka masa panjang.

Justeru, Datuk Zafrul turut berkata, bukan sahaja perlu mengeratkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara dagang sedia ada.

Bahkan, bagi merealisasikan aspirasi pembangunan ekonomi yang mampan, Malaysia perlu menembusi pasaran baharu yang berimpak tinggi.

Di samping, menjalin kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan dagang bukan tradisional.

Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa memastikan dasar neutral dan ‘tidak bersekutu’ (non-aligned) dengan mana-mana kuasa ekonomi,

Berikutan, ia bagi tidak menjejaskan serta meneruskan perhubungan perdagangan dan pelaburan yang baik dengan rakan-rakan dagang tradisional seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan United Kingdom.

Organisasi BRICS yang ditubuhkan pada 2009 merangkumi negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan yang menyertai pada tahun 2010 serta empat lagi negara menyertai pada 2024 iaitu Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai ahli baru.

Demikian, telah membentuk blok ekonomi yang kukuh dan hampir setaraf dengan blok ekonomi negara-negara G7.

Susulan, BRICS dengan bilangan penduduk secara kumulatifnya mencecah 3.54 bilion serta simpanan (depository) bekalan bahan mentah serta kekuatan ekonomi berjumlah USD26.6 trilion iaiu 26.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

“blok ekonomi BRICS sebenarnya adalah satu pasaran mega baharu yang wajar ditembusi demi untuk pembangunan dan peningkatan ekonomi negara,” ulas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Terdahulu, ketika sesi wawancara dengan media China Guancha pada 13 Jun 2024, YAB Perdana Menteri mengumumkan pendirian Malaysia untuk menyertai BRICS. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply