Home Semasa PKR Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi di saat akhir – SPR

PKR Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi di saat akhir – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jul – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir pada hari pengundian esok (Sabtu) dan digalakkan mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti dalam aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak bagaimanapun berkata, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

“Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran bagi memudahkan semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,

“Pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, pengundi boleh membuat semakan awal meklumat pengundian seperti maklumat pusat mengundi, saluran pengundi dan nombo bilangan melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927218 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Sehubungan itu, para majikan diingatkan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada Hari Menggundi.

Dalam kenyataan yang sama, Ikmalrudin turut memaklumkan, seramai 552 petugas SPR akan bertugas bagi memastikan proses kelancaran PRK Sungai Bakap esok.

“9 pusat mengundi dengan 65 tempat mengundi (saluran) akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bagi kemudahan 39,151 pengundi berdaftar,” jelasnya lagi.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan di bahagian perut.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. -airtimes.my

#PRN #SungaiBakap #PulauPinang #airtimes #Malaysia #semasa

Related Articles

Leave a Reply