Home Semasa Ops Sambar 2.0 berjaya kesan ketirisan cukai RM2 bilion

Ops Sambar 2.0 berjaya kesan ketirisan cukai RM2 bilion

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 MEI – Ops Samba 2.0 yang dijalankan bermula 11 hingga 25 Mac lalu telah berjaya mengesan ketirisan hasil cukai negara bernilai RM2 bilion.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, operasi yang dijalankan bersama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menahan 34 anggota dan pegawai dari gred 19 hingga 44 bersama 27 individu dan pemilik syarikat.

Menurut SPRM, ketirisan itu merupakan satu kerugian hasil negara yang amat besar dan memberi impak negatif berterusan kepada ekonomi negara sekiranya tidak dibendung.

“Hasil siasatan mendapati mereka bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup,

“Berikutan penahanan individu terbabit, Bahagian AML SPRM telah merampas telefon bimbit, komputer riba serta lapan kenderaan mewah milik sindiket terbabit bagi membantu siasatan,” kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, SPRM telah membekukan sebanyak 231 akaun bank milik individu, syarikat dan ‘akaun keldai’ berjumlah kira-kira RM18 juta.

“Setakat ini, 2 pegawai kastam telah dituduh dan seramai 23 anggota dan pegawai kastam yang lain akan didakwa di 6 mahkamah sesyen berasingan di seluruh negara sehingga 6 Jun 2024,

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” jelas kenyataan itu lagi. – airtimes.my

#SPRM #cukai #Malaysia #semasa #airtimes

Related Articles

Leave a Reply