Home SemasaGlobal Arab Saudi: Ramadan genap 30 hari, Aidilfitri dirai Rabu ini

Arab Saudi: Ramadan genap 30 hari, Aidilfitri dirai Rabu ini

by M.Daim

RIYADH, 9 APR – Arab Saudi memutuskan Hari Raya Aidilfitri di negara itu akan disambut pada Rabu (10 April) ini.

Perkara tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Arab Saudi selepas anak bulan tidak kelihatan semasa pencerapan pada 9 April.

Ini sekaligus waktu bulan Ramadan di negara itu berjalan genap 30 hari.

Sementara itu, Malaysia akan melakukan cerapan pada petang hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada akhir Mac lalu, penetapan tarikh melihat anak bulan telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.- airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Reply