Home Pertahanan dan Keselamatan RM400 juta diperuntukkan bagi pembinaan Kem Skudai – Khaled Nordin

RM400 juta diperuntukkan bagi pembinaan Kem Skudai – Khaled Nordin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi pembinaan Kem Skudai di Johor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan itu adalah untuk membolehkan anggota yang bertugas berpindah ke kem yang lebih selesa, moden dan canggih selepas ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan lebih RM 400 juta untuk pembinaan Kem Skudai,

“Saya akan pastikan usaha ini mampu disiapkan sepanjang tempoh saya menerajui Kementerian ini,” jelasnya semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Anggota Keselamatan di Negeri Johor, pada Ahad.

Selain menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti serta pengorbanan perajurit dalam menjaga keselamatan negara, beliau turut menekankan soal konsep keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat iaitu kebertanggungjawaban menjaga keselamatan negara secara bersama.

“Tatkala negara berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman luar, sewajarnya golongan tentera perlu elak daripada terkeliru dan gusar dengan anasir yang akhirnya boleh menjadi ancaman dalaman,

“Keterangkuman semua kaum dan agama perlu kita raikan demi memastikan negara sentiasa aman dan sejahtera,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #MenteriPertahanan #TDM

Related Articles

Leave a Reply