Home Semasa Hadiah madu : Kami menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong – SPRM

Hadiah madu : Kami menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong – SPRM

by M.Daim

PUTRAJAYA, 3 APR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan mereka akan terus memerangi rasuah di negara ini.

Pendirian tersebut dinyatakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menghadiahkan madu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai simbolik titah baginda untuk memerangi rasuah yang menjadi musuh nombor satu negara.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees ,” titah Sultan Ibrahim di akaun media sosial rasmi baginda selepas mengadakan pertemuan dengan Azam Baki pada awal April.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, titah Yang di-Pertuan Agong melambangkan ketegasan baginda dalam memerangi ancaman rasuah.

“Ia perlu dijunjung dalam setiap lapisan masyarakat kerana rakyat yang bebas rasuah merupakan kayu pengukur dan teras kepada keutuhan serta kestabilan negara,

“Sehubungan itu, sebagai agensi penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti,” kata Azam Baki.

Beliau menyuarakan harapan agar rakyat Malaysia khususnya jentera kerajaan tanpa kompromi berganding bahu bersama SPRM dalam menjunjung dan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong. – airtimes.my

#AirTimes #Semasa #SPRM

Related Articles

Leave a Reply