PUTRAJAYA, 1 APR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan harga barangan keperluan masih rendah dan stabil jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan terdahulu.
Beliau menyatakan perkara tersebut semasa berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Jangan lupa sekitar (tahun) 2021, 2022 harga ayam adalah RM13 (setiap kilogram),
“Sekarang (harga ayam) jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg,
“Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (menjadi kerajaan) (harga) minyak masak 5 kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27.
“Telur ayam (pada ketika itu) – sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang, alhamdullillah stabil,” katanya. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Semasa #KosSaraHidup