Home SemasaHadiah madu pada Azam Baki, Agong ingatkan SPRM suruh tangkap ‘lebah’

Hadiah madu pada Azam Baki, Agong ingatkan SPRM suruh tangkap ‘lebah’

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan usaha memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama di dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara, hari ini.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, pada Isnin.

Seri Paduka Baginda turut menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit, antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.-airtimes.my

#DaulatTuanku #SPRM #Malaysia #airtimes #semasa

Related Articles

Leave a Reply