Home SemasaGlobal Kapal kerajaan Filipina dan China sekali lagi ‘bertempur’ di laut

Kapal kerajaan Filipina dan China sekali lagi ‘bertempur’ di laut

by M.Daim

MANILA, 24 MAC – Kapal agensi kerajaan China dan Filipina dilaporkan selagi berhadapan konfrontasi di kawasan perairan bertindih.

Kejadian terbaharu ini telah menyebabkan kecederaan di pihak Filipina.

Dalam kejadian pada pagi Sabtu, kapal ulang bekal Unaizah May 4 (UM4) telah ditembak dengan meriam air oleh Pasukan Pengawal Pantai China (CCG).

Ketika kejadian, konvoi kapal Filipina sedang melaksanakan misi ulang bekal ke BRP SIERRA MADRE.

“Tindakan oleh China terhadap konvoi ulang bekal Filipina telah menyebabkan kerosakan dan kecederaan,” kata pihak National Task Force for the West Philippine Sea (NTF-WPS) dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pihak Filipina tidak akan gentar dengan sebarang ancaman atau ugutan kerana mereka mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Kami mendesak China untuk membuktikan mereka adalah anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab dan tidak hanya terletak pada kata-kata,” jelas kenyataan itu.

NTF-WPS menyatakan pihak CCG dan Militia Maritim China (CMM) telah bertindak agresif terhadap konvoi kapal Filipina. Menurutnya, CCG dan CCM telah melakukan manuver berbahaya terhadap UM4 serta kapal Pasukan Pengawal Pantai Filipina (PCG) BRP SINDANGAN dan BRP CABRA.

“Dua kapal CCG telah melepaskan tembakan meriam air terhadap UM4,

“Ini sekaligus menyebabkan kerosakan dan kecederaan di UM4,” katanya.

Pada awal Mac, seramai 4 orang warga Filipina dilaporkan cedera akibat tembakan meriam air oleh CCG terhadap Unaizah May 1 (UM1). – airtimes.my

#AirTimes #Global #Filipina

Related Articles

Leave a Reply