NEW DELHI, 24 MAC –  Rusia dilaporkan telah menangguhkan penghantaran misil pertahanan udara S-400 Triumph kepada India.
Dijangkakan penghantaran misil tersebut selesai pada 2026, 2 tahun lewat daripada jadual.
India sebelum ini membeli lima unit S-400 itu dari Rusia. Sehingga kini India telah menerima 3 buah S-400 selepas penghantaran dibuat pada tahun 2021.
Media India memetik sumber pertahanan melaporkan, penghantaran S-400 ini tertangguh berikutan situasi perang Rusia-Ukraine yang semakin sengit.
Rusia telah menyatakan bahawa mereka akan melengkapkan penghantaran S-400 menjelang Ogos 2026.
Laporan itu turut menyatakan Rusia rancang untuk menyelesaikan penghantaran kesemua S-400 selesai pada tahun ini.
Sistem peluru berpandu S-400 keluaran Rusia ini berupaya menggempur sasaran udara sehingga jarak 400 kilometer. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #India #TeknologiPertahanan