Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Selenggaraan aset: Peruntukan kewangan besar diperlukan – Panglima Tentera Darat

Selenggaraan aset: Peruntukan kewangan besar diperlukan – Panglima Tentera Darat

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=kocPS25mKe4[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan, peruntukan pertahanan yang lebih besar diperlukan bagi menjalankan program selenggaraan aset-aset tempur yang telah berusia.

Panglima Tentera Darat,  Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, proses permodenan aset ini memerlukan peruntukan kewangan yang besar bagi melaksanakan penyelenggaran secara berterusan memandangkan aset-aset tersebut ada yang telah berusia hampir 40 tahun.

“Usaha memodenkan ‘aset kapital’ TDM sememangnya perlu kerana aset tempur yang lama seperti kenderaan perisai memerlukan kos yang tinggi untuk proses selenggara selain agak terkebelakang dalam teknologi,

“Selain mendapatkan aset baharu, kita juga perlu mengekalkan kebolehoperasian dan keupayaan aset yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Tentera Darat Ke-91 di Dataran Segamat pada Jumaat.

Sehubungan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MINDEF bagi memastikan proses permodenan aset dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.

“Saya akui kadar perolehan peruntukan pertahanan yang diperolehi setiap tahun adalah konsisten,

“Namun, TDM sedang berusaha untuk berunding dengan pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF), agar di masa akan datang TDM akan dapat peratusan perolehan bajet pertahanan yang lebih besar supaya selain daripada perolehan aset-aset baharu, rancangan selenggaraan kepada aset-aset lama juga boleh dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Semalam, buat julung-julung kalinya Sambutan Hari Tentera Darat Ke-91 diadakan di Segamat, Johor.

Dengan membawa tema ‘Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga’, sambutan itu diraikan dengan kehadiran kira-kira lebih 10,000 orang pengunjung di Dataran Segamat. -airtimes.my

#pertahanan #TDM #ATM #Mindef #HTD91 #Segamat #airtimes

Related Articles

Leave a Reply