Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat kerah anggota, aset bantu mangsa banjir di Sarawak

Tentera Darat kerah anggota, aset bantu mangsa banjir di Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 3 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakkan anggota dan aset bagi membantu serta memindahkan mangsa banjir yang terkandas susulan hujan lebat di Kampung Pasir Tengah sejak Jumaat.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) memaklumkan, bantuan itu dilaksanakan oleh Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (7 RS) yang sedang menjalankan latihan Eksesais Satria Perkasa di kawasan am Kampung Pasir Tengah, Lundu.

Menurutnya, sebanyak 13 keluarga melibatkan 49 penduduk kampung telah berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Pasir Tengah.

“Seramai 2 orang pegawai dan 28 anggota telah diaturgerak ke kawasan yang terjejas,

“2 buah bot tempur yang dilengkapi dengan enjin OBM dan 32 pasang Life Jacket telah diaturgerakkan,” jelas 1 Div dalam hantaran di laman Facebook, semalam.

Pihak 1 Div memaklumkan, tugas pengagihan barangan keperluan turut disalurkan menerusi pasukan 10 RS di Depoh Simpanan Bencana Samarahan untuk diagihkan kepada PPS yang telah dikenalpasti.

Beberapa pasukan di bawah formasi 1 Div turut diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk diaturgerakkan untuk membantu membuat pemindahan dan aktiviti pembersihan melibatkan beberapa kawasan yang telah dikenalpasti.

“TDM sentiasa bersiap sedia dan terus komited bagi melaksanakan tugas-tugas sekunder dalam OP MURNI bagi membantu agensi-agensi awam yang lain,” jelas hantaran itu lagi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 orang daripada 392 keluarga, berbanding 1,193 mangsa daripada 367 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) turut bertambah kepada 12 berbanding 8, semalam.

“3 PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238),” menurut laporan itu.

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan. -airtimes.my

#TDM #banjir #Sarawak #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply