Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pancaragam Gabungan Tentera Darat janjikan kelainan pada sambutan Hari TD

Pancaragam Gabungan Tentera Darat janjikan kelainan pada sambutan Hari TD

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=f3mYbZo3cy8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pancaragam Gabungan Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal mempamerkan persembahan dan formasi yang menarik pada mini TATU sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-91, Jumaat ini.

Aktiviti dijadualkan bermula jam 9 malam itu merupakan acara kemuncak bagi Sambutan Hari Tentera Darat yang akan diadakan di Dataran Segamat, Johor.

Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD), Leftenan Kolonel (DOM) Zaiful Azman Zainal Abidin berkata, pada malam tersebut, pengunjung boleh menyaksikan persembahan olahan pemuzik-pemuzik Tentera Darat dalam mengelolakan persembahan menarik dan elemen kejutan.

Beliau menjelaskan, kumpulan itu terdiri daripada Pancaragam Pusat KAD, Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Brass Band Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang berkekuatan seramai 80 anggota.

Menurutnya, lagu-lagu yang bakal dipersembahan adalah berdasarkan lagu-lagu semasa yang sentiasa berkumandang di corong radio serta lagu kegemaran Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD), Leftenan Kolonel (DOM) Zaiful Azman Zainal Abidin ketika sesi latihan pancaragam gabungan Tentera Darat di Kem Kem Sunggala. Foto: AirTimes/Muaz

“Lagu-lagu tersebut adalah hasil gubahan saya sendiri, termasuk bentuk-bentuk formasi untuk pemuzik membuat persembahan pada malam itu,

“Antara formasi yang akan dilakukan adalah formasi berbentuk Dataran Segamat, Jambatan Segamat, Mahkota Johor dan lain-lain formasi,

“Bukan senang hendak main muzik sambil membuat pergerakan. Ia sesuatu yang susah. Tetapi berkat kesungguhan dan komitmen anggota termasuk pegawai yang terlibat saya yakin ia akan dilaksanakan dengan baik serta teratur,” katanya kepada Air Times semasa sesi latihan di Kem Sunggala, baru-baru ini.

Sementara itu, Band Sarjan Major, Pegawai Waran I Madzain Medol berkata, pemuzik yang terlibat telah mempamerkan kesungguhan yang tidak berbelah-bagi untuk menjayakan persembahan itu nanti.

Band Sarjan Major, Pegawai Waran I Mad Zain Medol sedang mengkordinasikan pergerakan pemuzik ketika sesi latihan di Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja. Foto: AirTimes/Muaz

“Cabaran pada kali ini adalah dari segi fizikal dan mental anggota semasa melaksanakan latihan dimana kami terpaksa mengabungkan 3 kumpulan pancaragam,

“Disebelah pagi, kami lebih tumpukan kepada membuat formasi dahulu iaitu pergerakan-pergerakan ketika di dalam padang,

“Kemudian pada sebelah malam, kami akan membuat latihan – latihan lagu. Masuk hari ketiga latihan, kami terus membuat latihan formasi dan muzik dalam masa yang sama. Kami akan menghasilkan 16 pergerakan pada malam tersebut,” ujarnya.

Pegawai Brass Band Wanita RSD, Kapten Nurul Fatin Hajar Ismadi pula berkata, gabungan pancaragam ini bukan hanya membuat persembahan mini TATU pada sambutan tersebut tetapi, akan mengiringi Perbarisan Hari Tentera Darat dan perarakan kontijen serta aset pada 1 Mac nanti.

Pegawai Brass Band Wanita RSD, Kapten Nurul Fatin Hajar Ismadi mengajak orang ramai di sekitar Johor untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Segamat bagi menyaksikan Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 yang bermula Khamis ini. Foto:AirTimes/Muaz

“Pada sesi latihan, kami mengabungkan ketiga-tiga pancaragam dan kami dari pemuzik wanita di dalam RSD yang melaksanakan sebagaimana pemuzik-pemuzik lelaki melaksanakan tugas mereka sebagai pemuzik dan kami melaksanakan tugas yang sama,

“Kami bukan hanya melaksanakan persembahan mini TATU sahaja, kami bersama kumpulan pancaragam yang lain akan mengiringi perbarisan, mengiringi kontijen perbarisan berarak dan kemuncaknya adalah pada malam 1 Mac itu,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap penduduk di sekitar Johor untuk hadir ke Dataran Segamat untuk menyaksikan pelbagai aktiviti menarik pada Khamis dan Jumaat ini.

“Persembahan dari Tentera Darat tidak pernah tiada faktor ‘wow’, sentiasa ada yang menakjubkan, jadi nantikan persembahan kami di sana,” jelas Madzain yang juga dikenali dengan jolokan ‘fire dragon’. -airtimes.my

#TD #airtimes #pertahanan #HariTD91 #pancaragam

Related Articles

Leave a Reply