Home Semasa Penyelarasan Pencen: Majlis Angkatan Tentera gagal laksana tanggungjawab

Penyelarasan Pencen: Majlis Angkatan Tentera gagal laksana tanggungjawab

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 FEB – Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mejar Mior Rosli (Bersara) hari ini mendedahkan bahawa Mahkamah Tinggi mendapati Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah gagal melaksanakan tugasnya dalam isu pelarasan pencen.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dinyatakan semasa pihak Mahkamah Tinggi  semasa melakukan penghakiman pada minggu lalu.

“Mahkamah mengatakan bahawa MAT tidak menjalankan tugas dia,

“Ini mahkamah yang mengatakan pelarasan pencen adalah tanggungjawab MAT,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Jelas Mior, pelarasan pencen adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Angkatan Tentera dan undang-undang lain.

Tambahnya, pihak hakim menyatakan MAT harus menyelaraskan pencen veteran mulai daripada 2013.

Beliau menambah, pencen veteran tentera adalah terletak di bawah kuasa MAT

Dalam pada itu, Mior menegaskan keputusan oleh pihak Mahkamah Tinggi pada 5 Februari lalu menunjukkan tuntutan yang dikemukakan oleh veteran adalah benar.

“Mahkamah mengatakan kerajaan salah kerana tidak menjalankan tugas dia untuk menyelaraskan pencen kita, itu yang penting,

“Ini bermakna apa yang dituntut sekarang ini adalah benar dan kerajaan sepatutnya melakukan tanggungjawab mereka,” kata Presiden PSPRPM.

Beliau menegaskan adalah pencen merupakan tanggungjawab kerajaan berdasarkan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan. – airtimes.my

#AirTimes #Semasa #Veteran

Related Articles

Leave a Reply