Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tentera Laut Malaysia, Jepun pertingkat hubungan melalui latihan bersama

Tentera Laut Malaysia, Jepun pertingkat hubungan melalui latihan bersama

by Nurulhuda

LUMUT, 15 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self-Defense Force –JMSDF) melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bagi meningkatkan kebolehoperasian aset kedua-dua buah negara.

Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) memaklumkan, eksesais yang melibatkan KD JEBAT mewakili TLDM dan JS SAZANAMI dari JMSDF ini dilaksanakan di sekitar perairan Selat Melaka pada Selasa lalu.

“Latihan PASSEX ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan kerjasama di antara TLDM dan JMSDF yang telah diperlihatkan semasa Lawatan Muhibah JS SAZANAMI ke Malaysia sebelum ini,” jelas MPA Barat dalam hantaran di media sosialnya.

Pihak MPA Barat menambah, eksesais ini bukan hanya dapat meningkatkan keupayaan operasi laut kedua-dua angkatan, tetapi juga memudahkan pertukaran amalan terbaik serta memupuk persefahaman yang lebih baik di antara kedua-dua pasukan maritim.

Latihan bersama ini memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk saling berkongsi kepakaran dalam aspek kebolehoperasian serta menjadikan anggotanya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran maritim di masa akan datang.

Semangat kerjasama ini diharapkan dapat membawa kepada peningkatan keselamatan maritim di rantau ini sambil memperkukuhkan kerjasama pertahanan di antara TLDM dan JMSDF.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #Malaysia #jepun #TLDM #JMSDF

Related Articles

Leave a Reply