Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia kecam Israel, gesa henti serangan di Rafah – Air Times News Network
Home Semasa Malaysia kecam Israel, gesa henti serangan di Rafah

Malaysia kecam Israel, gesa henti serangan di Rafah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel di bandar selatan Rafah di Gaza yang menjadi tempat perlindungan orang awam.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) berkata, serangan kejam dan tidak berperikemanusaan ini akan meningkatkan lagi ketegangan serta malapetaka kemanusiaan.

Ia juga sudah pasti akan merencatkan segala usaha menghentikan peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

Sehubungan itu, Malaysia menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa.

“Operasi ketenteraan yang berniat jahat ini dengan jelas memperlihatkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri,

“Ia dengan secara sikap angkuh rejim Zionis membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jelas menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pda 26 Januari 2024 mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil oleh Israel,” jelas Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.

Wisma Putra juga memaklumkan, masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan.

Tambahnya, Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka baru oleh rejim Zionis.

Pada masa sama, Malaysia menekan masyarakat antarabangsa supaya melaksana tanggungjawab dan menghentikan sebarang sokongan kepada rejim yang secara terbuka mengabaikan segala usaha untuk meredakan ketegangan.

“Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak-hak mereka untuk berdiri sendiri, penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai ahli anggota penuh PBB,” ujar kementerian itu lagi.

Terdahulu, media melaporkan, tentera penceroboh Israel mengebom bandar Rafah di selatan Gaza dengan membunuh dan mencederakan ratusan orang awam Palestin.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah selepas tentera Israel memaksa perpindahan beramai-ramai penduduk dari utara ke selatan Gaza. -airtimes.my

#semasa #Rafah #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?