SEOUL, 15 JAN – Korea Utara telah melancarkan misil balistik ke kawasan perairan timur negara itu, hari ini.
Penembakan misil tersebut telah disahkan oleh pihak tentera Korea Selatan. Ia merupakan penembakan pertama pada tahun ini.
Pihak tentera Korea Selatan menyatakan pelancaran berlaku pada hari Ahad tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Jepun menyatakan mereka telah mengesan pelancaran misil yang dilancarkan Korea Utara tetapi tidak memberikan sebarang butiran lain.
Penembakan ini merupakan kali pertama yang dilaksanakan oleh Pyongyang semenjak 18 Disember 2023 lalu. Pada ketika itu, Korea Utara telah melancarkan misil balistik antara benua (ICBM), Hwasong-18.
Pelancaran misil hari ini berlaku selepas Korea Utara melakukan penembakan artileri dan roket berhampiran sempadan laut bahagian barat laut Korea Selatan.
Penembakan misil ini juga memberikan gambaran suasana tegang di Semenanjung Korea semenjak kebelakangan ini.
Pada awal minggu ini, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyebut Korea Selatan sebagai “musuh utama ” dan mengancam untuk memusnahkan negara jirannya jika diancam. – airtimes.my
#AirTimes #Global #KoreaUtara
