Home SemasaGlobal Kerajaan baharu Poland gugat perolehan dari Korea Selatan

Kerajaan baharu Poland gugat perolehan dari Korea Selatan

by M.Daim

WARSAW, 13 DIS – Kerajaan baharu Poland dijangka akan membatalkan perolehan pertahanan yang dimeterai dengan Korea Selatan.

Perkara tersebut disuarakan oleh speaker parlimen Poland, Szymon Hołownia yang menyatakan perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan interim yang terdahulu adalah tidak sah.

“Perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan interim mungkin akan dibatalkan,

“Mereka (kerajaan interim Poland) sepatutnya memberi fokus kepada pentadbiran negara dan bukannya membelanjakan wang umum,” kata Syzmon seperti yang dilaporkan oleh media Poland.

Kenyataan oleh speaker parlimen tersebut dibuat selepas calon Menteri Pertahanan Poland, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz menyatakan mereka akan semak dan nilai perolehan pertahanan yang dibuat oleh kerajaan interim.

Mengulas perkara tersebut, Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Błaszczak menyatakan langkah untuk membatalkan perolehan dari Korea Selatan akan merugikan negara Eropah itu.

“Sekiranya kontrak perolehan dengan Korea Selatan dibatalkan, ia akan melemahkan pertahanan Piland,

“Malah, ia akan menjejaskan industri pertahanan Poland kerana perolehan jet pejuang F/A-50 dan artileri Chunmoo melibatkan kerjasama yang komprehensif antara kedua-dua negara,” kata Mariusz di akaun media sosial beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Poland #KoreaSelatan

Related Articles

Leave a Reply