Home SemasaGlobal Tentera Israel serbu Hospital Kamal Adwan

Tentera Israel serbu Hospital Kamal Adwan

by M.Daim

GAZA, 13 DIS – Tentera Israel dilaporkan telah menyerbu Hospital Kamal Adwan selepas beberapa hari dikepung.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

“Tentera Israel telah menahan sejumlah lelaki dewasa dan kanak-kanak di perkarangan hospital,

“Turut ditahan adalah petugas perubatan di hospital yang terletak di Bait Lahiya,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan kerana dikhuatiri situasi tersebut akan membahayakan nyawa pesakit yang berada di dalam hospital tersebut.

Sementara itu, pihak Al Jazeera menyatakan serbuan dilakukan oleh tentera Israel ketika serangan besar-besaran dilancarkan terhadap Gaza.

“Kereta kebal telah merempuh kawasan pagar hospital dan keseluruhan fasiliti menghadapi serangan berterusan,

“Mereka (tentera Israel) memanggil mana-mana individu berusia 15 tahun keatas untuk keluar dari bangunan dan mengangkat tangan,” lapor media Qatar.

Kamal Adwan merupakan satu-satunya hospital yang masih lagi berfungsi di utara Gaza. – airtimes.my

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!