Home SemasaPengecualian visa tidak jejas keselamatan negara – Anwar

Pengecualian visa tidak jejas keselamatan negara – Anwar

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 29 NOV – Aspek keselamatan negara tidak diabaikan walaupun negara memberi pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.

“Ada Ahli Yang Berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan, maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Sebelum ini, media melporkan, kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia bermula 1 Disember depan, dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang genap 50 tahun tahun depan.

Anwar menjelaskan, ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat. -airtimes.my

#semasa #Malaysia #China #pengecualianvisa #airtimes

Related Articles

Leave a Reply