MELAKA, 22 OKT – Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menerima beret merun dan sayap kehormat 10 Briged (Para).
Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) dalam satu kenyataan berkata, beliau merupakan penerima ke-69 beret merun dan sayap penerjunan kehormat.
Acara Pemakaian Beret Merun dan Sayap Kanan kepada Panglima Tentera Darat telah disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.
“Panglima Tentera Darat menerima penghormatan tertinggi yang dimanifestasikan melalui
penganugerahan beret merun dan sayap penerjunan kanan 10 Briged (Para) di Dataran Parawood,
8 RRD, Kem Terendak, Melaka,
“Ini menjadikan beliau sebagai penerima ke-69 beret merun dan sayap penerjunan kehormat selepas Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 17 April 2023 yang lepas,” kata kenyataan Tentera Darat.
Majlis penganugerahan bermula dengan dinamik 10 Briged Para melibatkan 40 pegawai dan 1100
anggota melaksanakan penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, tactical combat casualty care, demonstrasi menara serba guna dan serangan seksyen.
Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan Atan serta pegawai dan anggota Tentera Darat. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TenteraDarat