Home SemasaC-390 cipta rekod sejarah penerbangan, mula perkukuh kehadiran di Eropah

C-390 cipta rekod sejarah penerbangan, mula perkukuh kehadiran di Eropah

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 OKT – Pesawat pengangkut Embraer, C-390 telah mencipta sejarahnya tersendiri.

Menurut Embraer, pesawat pengangkut generasi baharu syarikat itu telah berjaya mencapai 10 ribu jam penerbangan dalam 4 tahun perkhidmatan dengan tentera udara Brazil.

“C-390 merupakan pesawat yang dihasilkan oleh syarikat Brazil yang bertaraf kelas dunia dan membuatkan kami berasa bangga dengan pencapaian ini,

“Tentera Udara Brazil telah melaksanakan pelbagai misi termasuk semasa COVID-19 dengan menggunakan Pesawat ini,

“Penerbangan 10 ribu jam dengan pesawat ini menunjukkan komitmen bersama Brazil dan Embraer,” kata General (AF) Marcelo Kanitz Damasceno, Panglima Tentera Udara Brazil.

Selain daripada berjaya mencapai 10 ribu jam penerbangan, pesawat keluaran Embraer ini telah pun mula diterima oleh Portugal.

Pengoperasian oleh negara Eropah itu merupakan kali pertama dilakukan di luar Brazil.

Pada tahun 2019, Portugal telah membeli 5 buah C-390 dari Embraer.

Dalam pada itu, kerajaan Republic Czech telah memilih untuk memulakan rundingan pesawat pengangkut terbabit.

Difahamkan negara Eropah itu akan membeli sekurang-kurangnya 2 buah C-390 Millenium.

Sekiranya berjaya dilaksanakan, Republik Czech akan menjadi negara ke-4 dalam Pertubuhan Perjanjian Antlantik Utara (NATO) untuk mengoperasuka C-390. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Embraer

Related Articles

Leave a Reply