Home Semasa “Kepada penduduk Palestin – di Gaza, Tebing Barat dan Al Quds, Malaysia bersama kamu!”

“Kepada penduduk Palestin – di Gaza, Tebing Barat dan Al Quds, Malaysia bersama kamu!”

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fAY7H1zxh-U[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 22 OKT – Walaupun berjauhan dari segi jarak dan berbeza budaya mahupun geografi, Malaysia tetap bersuara dan memberikan sokongan kepada Palestin.

“Kepada mereka yang berada di Gaza, dunia tidak melupakan kamu semua,

“Masih ramai yang menyokong kamu dan di Malaysia, kita mempunyai saudara-mara (yang bersama dengan kita),” kata seorang pelajar Palestin, Heeba kepada Air Times.

Menurut beliau, Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai budaya dan kaum tetapi bersatu hati dalam isu Palestin.

“Mereka adalah penyokong terbesar kepada Gaza dan juga perjuangan Palestin,

“Kepada penduduk di Tebing Barat, di Al Aqsa – mereka (Malaysia) tidak melupakan kamu semua,” katanya.

Heeba merupakan salah seorang penceramah yang memberikan ucapan semasa perhimpunan aman Freedom for Palestin yang diadakan di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau merupakan salah seorang pelajar di pusat pengajian institut tinggi Malaysia dan juga antara yang terselamat dari Perang Gaza 2014.

“Kami di sini adalah suara kepada kamu (Palestin). (Walaupun) kamu tidak mempunyai hubungan dan akses kepada dunia luar, kami tetap menjadi suara kepada kamu semua,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat dunia untuk terus meningkatkan tahap kesedaran serta momentum berhubung isu Palestin.

“Teruskan bersuara, bercerita tentang Palestin. Mereka bukan sahaja memerlukan bantuan makanan tetapi turut memerlukan tindakan (untuk membantu Palestin),” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Gaza #Palestin

Related Articles

Leave a Reply