Home Semasa Filipina larang anggota tentera guna aplikasi kecerdasan buatan, khuatir ancaman siber

Filipina larang anggota tentera guna aplikasi kecerdasan buatan, khuatir ancaman siber

by M.Daim

MANILA, 22 OKT – Kerajaan Filipina melarang anggota tenteranya dari menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI).

Larangan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro Jr.

Menurutnya, larangan tersebut dibuat berikutan terdapat risiko ancaman siber.

“Sesetengah aplikasi yang digunakan mungkin nampak tidak berbahaya dan juga menghiburkan,

“Tetapi ianya telah digunakan untuk menghasilkan profil palsu yang boleh membawa kepada pencurian identiti, pencurian maklumat, dan pelbagai aktiviti hasad yang lain,” kata Teodoro yang turut menyatakan terdapat laporan insiden berkaitan dengan aplikasi berteraskan AI.

Menurut laporan media antarabangsa, Setiausaha Pertahanan Filipina memberi amaran tentang penggunaan aplikasi digital yang memerlukan pengguna untuk menghantar 10 keping gambar diri mereka.

Gambar tersebut kemudiannya menggunakan teknologi AI bagi “meniru gerak-geri seorang individu untuk bercakap dan bergerak”.

“Aplikasi sebegini sudah jelas memberikan risiko yang merbahaya kepada privasi dan keselamatan,” katanya.

Teodoro turut memberi amaran kepada semua petugas jabatan pertahanan dan anggota tentera dari menggunakan aplikasi AI yang menghasilkan foto dan berwaspada dalam berkongsikan maklumat dalam talian. – airtimes.my

#AirTimes #Filipina #KeselamatanSiber

Related Articles

Leave a Reply