Home SemasaDemi habuan dari sindiket, ada pegawai polis sanggup jual nyawa rakan sepasukan – Ketua JSJ

Demi habuan dari sindiket, ada pegawai polis sanggup jual nyawa rakan sepasukan – Ketua JSJ

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 8 OKT – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mendakwa terdapat pegawai polis yang sanggup menjual nyawa rakan sepasukan demi mendapatkan duit imbuhan dari sindiket.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Kompleks Cahaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

“Kau sanggup nyawa seorang lagi rakan kerana duit umbuhan yang tak seberapa yang dapat dari sindiket,

“Dalam erti kata lain, dalam pasukan (polis) ini kelak, ada yang berbunuh di antara satu sama lain sebabkan duit (dari sindiket),” katanya.

Selain daripada itu, beliau menegaskan, mana-mana pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket dan mengambil apa jua imbuhan dari penjenayah tidak layak untuk bercakap tentang perihal pertahankan agama.

“Tak ada hak untuk bercakap perihal pertahankan negara ini,

You don’t have the rights (kamu tiada hak),” ujar beliau.

Dalam pada itu, Shuhaily turut menegaskan mana-mana 130  Ketua Bahagian Siasatan jenayah Daerah (KBSJD) yang gagal mengikut arahan bakal berdepan dengan tindakan.

“Kamu bukan sahaja aku akan tukarkan keluar, aku akan put a note there – not recommended for any higher rank (tidak disyorkan untuk kenaikan pangkat),” katanya.

Menurut akaun media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM), amanat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JSJ, pada Jumaat.

Rakaman video klip amanat oleh beliau turut dikongsikan oleh akaun media sosial rasmi PDRM dan JSJ. – aritimes.my

Related Articles

Leave a Reply