GAZA, 8 OKT – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mendedahkan sekurang-kurangnya 232 penduduk di wilayah itu terkorban semenjak 7 Oktober.
Menurutnya, lebih 1,000 lagi cedera selepas terkena beberapa siri serangan udara yang dilancarkan oleh Israel.
“Serangan berterusan oleh Israel telah menyebabkan sistem kesihatan di Gaza menjadi sesak,
“Ini menyebabkan petugas kesihatan sedang berusaha untuk merawat mereka yang memerlukan,” lapor media Palestin.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengaktifkan pelan kecemasan di mana para pesakit luar dan operasi pembedahan berjadual terpaksa ditangguhkan.
Ini bagi membolehkan fokus petugas perubatan ditumpukan secara khusus kepada penduduk Gaza yang tercedera akibat serangan Israel.
Tambahnya, kapasiti bilik pembedahan dan katil unit rawatan rapi (ICU) mencapai tahap maksimum.
Sementara itu, jurucakap pihak keselamatan dalaman Palestin, Iyad al-Bozm, Israel telah melancarkan ratusan siri serangan udara terhadap Gaza.
“Mereka menyasarkan kawasan rumah dan bangunan awam. Ini sekaligus memusnahkan infrastruktur yang sedia ada di Gaza,” kata laporan itu.
Sementara itu, agensi media Israel melaporkan lebih 300 penduduk mereka maut dalam serangan yang dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.
Lebih 1,590 cedera dan sebahagian besar daripada angka tersebut dikategorikan parah. – airtimes.my
#AirTimes #Palestin #Israel