Home Semasa Meta mahu kenakan yuran bulanan pada Facebook dan Instagram?

Meta mahu kenakan yuran bulanan pada Facebook dan Instagram?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 OKT – Penyedia aplikasi Facebook dan Instagram, Meta Platforms dijangka akan mengenakan yuran langganan secara bulanan kepada pengguna rangkaian media sosial tersebut.

Langganan tersebut adalah bagi membolehkan pengguna kedua-dua aplikasi media sosial popular tersebut untuk mengakses persekitaran tanpa sebarang iklan dengan bayaran sebanyak RM48.56.

Laporan oleh Reuters menyatakan pelan akses tanpa iklan tersebut akan dikenakan kepada pengguna di Kesatuan Eropah (EU).

Menurutnya, rancangan tersebut dibuat oleh Meta bagi mematuhi peraturan yang dikenakan oleh EU yang mengancam untuk mengenakan sekatan kepada syarikat tersebut. Ini berikutan tindakan Meta yang telah menyusun iklan kepada pengguna tanpa pengetahuan mereka.

Undang-undang yang dikenakan oleh EU sekaligus akan menjejaskan sumber pendapatan Meta.

Facebook (kini Meta) sebelum ini telah memperkenalkan platform pengiklanan pada tahun 2007 selepas melancarkan platform Facebook Ads. Iklan-iklan ini kemudiannya dipaparkan pada feed pengguna pada tahun 2012.

Pun begitu, langkah yang diperkenalkan oleh syarikat terbabit telah mengundang kritikan dari segelintir pengguna di peringkat global.

Mengikut Undang-undang Digital Markets Act yang digubal oleh EU, Meta dikehendaki mendapatkan kebenaran sebelum menyiarkan iklan secara khusus kepada pengguna.

Syarikat itu sebelum ini dikenakan dendan sebanyak €390 juta (RM1.891 bilion) oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland. Denda dikenakan selepas pihak EU mendapati Meta telah melanggar undang-undang perlindungan data Eropah dengan berkongsikan data pengguna melalui iklan bersasar.

Mahkamah Kehakiman Eropah pada Julai lalu telah memutuskan Meta tidak boleh membenarkan penggunaan butiran peribadi pengguna dengan iklan bersasar kecuali menerima kebenaran mereka terlebih dahulu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Facebook #Instagram #Meta

Related Articles

Leave a Reply