MANILA, 4 OKT – Syarikat pembina kapal Hyundai Heavy Industries memberi jaminan Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) akan menerima kapal kovet baharu mulai tahun 2025.
Manila sebelum ini memesan sebanyak 2 buah kapal kovet dari syarikat Korea Selatan itu.
Kapal kedua pula dijangka akan diterima oleh angkatan laut republik itu pada tahun 2026.
Menurutnya, pembinaan kapal pertama telah bermula mengikut jadual semenjak Mei.
“Pembinaan kapal pertama telah bermula pada bulan Mei tahun ini dan blok pertama akan dipasang pada November depan,
“Kovet pertama akan siap pada tahun 2025 dan kedua pada tahun 2026,” kata Hyundai yang dipetik oleh agensi media Filipina.
Pembinaan kapal kovet kedua pula akan bermula pada November ini.
Pada tahun 2021, Manila telah menganugerahkan kontrak perolehan 2 buah kapal kovet kepada Hyundai Heavy Industries. Perolehan bernilai US$ 550 juta ini melibatkan pembinaan 2 buah kapal yang menggunakan model HDF-3100.
Kapal ini dijangka akan dilengkapi dengan meriam utama 76mm, 8 misil anti kapal, 6 torpedo dan 16-sel pelancar menegak. – airtimes.my
#AirTimes #hyundaiheavyindustries #KoreaSelatan #Filipina