Home Teknologi Pertahanan Amerika Syarikat nyahaktif skuadron latihan F/A-18 Hornet yang terakhir

Amerika Syarikat nyahaktif skuadron latihan F/A-18 Hornet yang terakhir

by M.Daim

CALIFORNIA, 3 OKT – Kor Marin Amerika Syarikat telah nyahaktif satu skuadron F/A-18 Hornet.

Nyahaktif tersebut melibatkan  skuadron latihan Fighter Attack Training Squadron (VMFAT) 101 dari 3rd Marine Aircraft Wing (3rd MAW).

Skuadron ini beroperasi selama 54 tahun  dipertanggungjawabkan untuk melatih juruterbang tempur pasukan itu di serata dunia.

Pihak 3rd MAW dalam satu kenyataan berkata, nyahaktif skuadron tersebut diraikan dengan penerbangan serentak 18 buah jet pejuang F/A-18 Hornet.

“VFMAT-101 telah melahirkan puluhan ribu juruterbang, juru radar dan jurusensor senjata (WSO),” kata Timbalan Komander 3rd MAW, Brigedier Jeneral Robert B. Brodie.

Kenyataan itu turut menjelaskan peranan VMFAT-101 akan diambil alih oleh Marine Fighter Attack Squadron (VMFA) 323, juga dari 3rd MAW.

Tambahnya, khidmat F/A-18 Hornet akan diteruskan sehingga diambil alih sepenuhnya oleh F-35 Lightning II pada tahun 2030.

VFMAT-101 yang berpangkalan di Californua telah mengoperasikan F/A-18 A/B/C/D Hornet semenjak tahun 1987.

Pada awal penubuhannya, skuadron ini telah mengoperasikan F-4 Phantom II. – airtimes.my

#AirTimes #Hornet #Global #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!