Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
#Global: 48 kapal nelayan militia China musnahkan ekosistem perikanan – Filipina – Air Times News Network
Home SemasaGlobal #Global: 48 kapal nelayan militia China musnahkan ekosistem perikanan – Filipina

#Global: 48 kapal nelayan militia China musnahkan ekosistem perikanan – Filipina

by M.Daim

MANILA, 18 SEPT – Kerajaan Filipina mendakwa kegiatan militia laut China telah merosakkan ekosistem dan dasar laut.

Perkara tersebut didedahkan oleh pihak Philippine Coast Guard (PCG) dalam satu kenyataan.

Selain itu, pihak PCG turut mengeluarkan yang dirakam di Terumbu Rozul (Rozul Reef) dan Beting Escoda (Escoda Shoal) di kawasan barat perairan negara itu.

Jelas jurucakap PCG, 48 kapal yang dikendalikan oleh militia China dikesan di kedua-dua lokasi terbabit semenjak 9 Ogos hingga 11 September.

“Pihak PCG telah mengesan 33 kapal di Rozul Reef dan 15 lagi di Escoda Shoal sepanjang tempoh tersebut,

“Rondaan telah dilaksanakan oleh PCG bagi mengesan kehadiran kapal-kapal tersebut,” kata CG Commodore Jay Tarriela, jurucakap PCG di akaun media sosial rasmi agensi itu.

Menurut beliau, misi survei bawah laut telah dilancarkan oleh pasukan pengawal pantai di kedua-dua lokasi terbabit bagi meneliti kerosakan yang dialami.

Tinjauan oleh pihak PCG mendapati ekosistem di kawasan Escoda Shoal dan Rozul Reef mengalami kemusnahan teruk sehingga tiada tanda hidupan. Foto: Philippine Coast Guard (PCG)

Misi tersebut mendapati tiada sebarang hidupan laut di kesan di kawasan perairan terbabit.

“Tinjauan di Escoda Shoal mendedahkan kerosakan dasar laut yang menunjukkan perubahan warna dasar laut yang ketara,

“Ini menunjukkan bahawa terdapat aktiviti mengubah topografi semulajadi dan permukaan dasar laut yang disengajakan,” katanya.

Menurut beliau, batu karang yang hancur telah dikesan dan menunjukkan berlaku tindakan lambakan karang laut yang mati diproses terlebih dahulu sebelum dicampakkan ke dasar laut.

“Kehadiran berterusan oleh militia laut China yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di Escoda Shoal dan Rozul Reef telah memberikan kesan kepada ekosistem perairan,

“Ini sekaligus membawa kepada kemusnahan persekitaran maritim di Laut Filipina Barat (Laut China Selatan),” katanya.

Escoda Shoal atau dikenali Sabina Shoal merupakan fitur maritim yang terletak di luar pesisir Palawan, Filipina. Fitur maritim ini terletak berhampiran Second Thomas Shoal, yang menjadi titik pertelingkahan di antara Manila dan Beijing baru-baru ini.

Kawasan perairan barat Filipina menjadi perebutan antara kedua-dua negara terutamanya apabila China menggariskan kawasan tersebut sebagai tuntutan mereka melalui 9-dash line.

Namun begitu, tuntutan 9-dash line oleh China telah ditolak oleh tribunal antarabangsa pada tahun 2016. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?