Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: Amerika Syarikat tambah pembelian misil anti kereta kebal AT4CS dari SAAB

#TeknologiPertahanan: Amerika Syarikat tambah pembelian misil anti kereta kebal AT4CS dari SAAB

by M.Daim

WASHINGTON, 18 SEPT – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (U.S. Departmen of Defense, DoD) telah melakukan perolehan tambahan sejumlah peluru anti kereta kebal dari Sweden.

Saab dalam satu kenyataan berkata, perolehan yang dilakukan oleh Washington adalah bernilai USD$422 juta yang merangkumi misil anti kereta kebal AT4CS RS.

Menurutnya, perolehan tambahan tersebut turut merangkumi peluru untuk Carl-Gustaf.

“Perolehan oleh pihak DoD jelas menunjukkan keyakinan mereka kepada Saab terutamanya dalam membekalkan sistem persenjataan kepada mereka,

“Kami berbangga kerana pihak tentera Amerika Syarikat telah meneruskan kerjasama dengan kami terutamanya dalam pembekalan sistem tempur yang kini melangkaui lebih 40 tahun,” kata Presiden dan CEO SAAB di Amerika Syarikat.

AT4CS RS merupakan sistem persenjataan anti armor yang mampu dilancarkan dari ruang terkurung seperti bilik. Keupayaan sebegini amat diperlukan ketika melaksanakan peperangan dalam bandar.

Carl-Gustaf merupakan recoilles rifle yang digunakan bagi menggempur sasaran infantri dan juga armor.

Menurut SAAB, pihaknya telah membekalkan lebih daripada 700,000 AT4 kepada Amerika Syarikat semenjak kali pertama ia digunakan oleh negara itu pada tahun 1985.

Tambahnya, pelbagai varian AT4 termasuk AT4CS RS telah digunakan di 15 buah negara di seluruh dunia.

Pihak tentera Amerika Syarikat akan menerima kesemua persenjataan tersebut mulai 2024 sehingga 2026.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!