LONDON, 26 OGOS – Syarikat Sweden, Saab akan mempamerkan konsep kenderaan pertahanan udara dengan menggunakan platform keluaran Oshkosh, Joint Light Tactical Vehicle (JLTV) di DSEI 2023 pada September ini.
Menurutnya, konsep gandingan misil RBS 70NG dengan JLTV dibuat bagi memenuhi keperluan pertahanan udara mudah gerak yang dijangka akan meningkat pada masa hadapan.
Tambahnya, gandingan ini juga merangkumi sistem video dan sistem penyamaran Barracuda Mobile Camouflage System pada JLTV.
“Pada ketika ini, kami (Saab) menawarkan sistem pertahanan udara mudah alih termoden,
“Ia melibatkan gabungan yang baik diantara keupayaan penyamaran oleh Saab pada kenderaan tempur JLTV,” Görgen Johansson, Ketua Jabatan Perniagaan Saab Dynamics AB dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pihaknya telah bersedia untuk menawarkan produk tersebut kepada pengguna dan pelanggan baharu Oshkosh.
RBS 70 NG merupakan misil pertahanan udara jarak dekat keluaran Saab. Misil ini menggunakan sistem panduan laser. Integrasi Barracuda Mobile Camouflage System pula akan memberikan meningkatkan keupayaan penyamaran JLTV sekiranya diaturgerak ke lokasi operasi.
Selain daripada itu, SAAB turut membekalkan sistem video dan elektronik taktikal bagi meningkatkan keberkesanan kenderaan ini.
Konsep sistem pertahanan udara ini merupakan antara hasil kerjasama antara Saab dan Oshkosh Defense pada Jun 2022.
JLTV merupakan kenderaan tempur keluaran Oshkosh yang dihasilkan bagi menggantikan sejumlah Humvee dioperasikan oleh tentera Amerika Syarikat. – airtimes.my