Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut MNEK2023: TLDM perkasa operasi hadapi bencana bersama angkatan laut serantau

MNEK2023: TLDM perkasa operasi hadapi bencana bersama angkatan laut serantau

by Nurulhuda

MAKASSAR, 9 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksankan latihan bukan peperangan terbesar iaitu Multilateral Naval Exercise Komodo (MNEK2023) di Makassar, Indonesia.

Pihak TLDM memaklumkan, edisi keempat ini melibatkan sebanyak 36 negara termasuklah Malaysia yang diwakili KD KELANTAN PV175 dan KD KEDAH.

Menurutnya, kedua buah aset daripada Skuadron Kapal Peronda (PV) ke-17 ini telah memulakan pelayaran pada 3 Jun lalu dan tiba di Makassar keesokan harinya.

Dalam siri ini, Malaysia berperanan sebagai ‘observer’ dan turut bergiat aktif dalam segala aktiviti yang dirancang.

“Dengan tema, ‘Partnership To Recover and To Rise Stronger’, latihan mega ini memfokuskan kepada kerjasama angkatan laut serantau di samping memperkasakan kebolehoperasian (interoperabiliti) antara angkatan laut dalam menghadapi bencana alam demi mempertahankan kestabilan dan keamanan sejagat,” jelas pihak TLDM.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Yudo Margono pada 5 Jun lalu.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy, turut serta dalam acara yang berlangsung selama 4 hari ini.

Beliau mewakili barisan kepimpinan tertinggi TLDM telah berkongsi pendirian serta pandangan strategik TLDM dalam beberapa program rasmi seperti Mesyuarat Bilateral antara negara serta Simposium Keselamatan Maritim Antarabangsa (IMSS).

“Warga Navy People yang mengikuti pelayaran kali ini tidak hanya terlibat dalam Perbarisan Armada (IFR), malahan turut berpeluang mempromosikan kebudayaan Malaysia,

“Peserta turut berpeluang menyertai sukan rakyat dan pelbagai acara lain seperti ‘Medical Civic Action Program’ (MEDCAP) dan ‘Engineering Civic Action Program’ (ENCAP),” tambah pihak TLDM.

Jelasnya, TLDM positif untuk terus memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan bersama TNI-AL dan negara lain dengan mengambil bahagian dalam pelbagai eksesais bersama.

“Ruang dan peluang terus dimanfaatkan bagi meningkatkan interoperabiliti dan profesionalisme TLDM di masa hadapan,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply