Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 PATI Indonesia sembunyi dalam semak dicekup

3 PATI Indonesia sembunyi dalam semak dicekup

by Muaz Rizqi

JOHOR, 4 Apr – Tindakan 3 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bersembunyi di kawasan semak di Taman Ramunia Jaya mengelak dari dikesan pihak berkuasa gagal, apabil diberkas oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Ahad lalu.

Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) memaklumkan, kesemua PATI berkenaan di tahan berhampiran Pasaraya 99 Speedmart di taman berkenaan iaitu kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Menurut 3 Div, pasukan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) ini telah mengesan sekumpulan lelaki yang mencurigakan di kawasan tersebut dan membuat penahanan.

“Pasukan ronda 2 KAD ini telah menangkap serta membuat pemeriksaan terhadap 3 orang individu dan kesemuanya didapati tidak memiliki dokumen yang sah,

“PATI tersebut berumur dalam lingkungan 33 hingga 44 tahun itu di bawa ke Balai Polis Bayu Damai selepas menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit,” tambah 3 Div dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, kesemua PATI diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru selepas selesai menjalani ujian saringan COVID-19.

Nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM9,457.97 yang melibatkan wang tunai, barangan perhiasan dan 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama.

Tegasnya lagi, kawalan yang agresif oleh ketumbukan 3 Div akan terus dilaksanakan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dibanteras sepenuhnya demi kedaulatan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply