Home SemasaGlobal Rusia lancar peluru berpandu anti kapal supersonik di Laut Jepun

Rusia lancar peluru berpandu anti kapal supersonik di Laut Jepun

by M.Daim

MOSKOW, 28 Mac – Tentera Laut Rusia telah melancarkan peluru berpandu anti kapal supesonik dalam satu latihan di Laut Jepun.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, latihan penembakan tersebut dilaksanakan dengan melibatkan 2 buah kapal Armada Pasifik terhadap sasaran sejauh 100 kilometer.

“Dua peluru berpandu Moskit yang dilancarkan telah berjaya mengenai sasaran,” kata Moskow dalam satu kenyataan.

Peluru berpandu P-270 Moskit merupakan peluru berpandu kruis berkelajuan supersonik yang berupaya untuk memusnahkan sasaran permukaan pada jarak 120 kilometer.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Kementerian Pertahanan Rusia, penembakan misil tersebut dilaksanakan oleh kapal kelas Tarantul, R-261 (991).

Selain dilengkapi dengan Moskit, kapal ini turut mampu untuk dilengkapi dengan P-15 Termit atau Kh-25 Uran.

Kapal kovet ini dilengkapi dengan meriam utama 76mm AK-176.

Selain daripada itu, pertahanan udara kapal ini digalas oleh AK-630 30mm atau CAS-N-1 Kashtan CIWS. Pertahanan ini turut dibantu oleh pengoperasian MANPAD SA-N-5 (Strela). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply