KUALA LUMPUR, 29 Mac – Tanah seluas 200 ekar di Senaling, Kuala Pilah telah disediakan untuk pembinaan kilang peluru.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan di akaun media sosial rasmi beliau.
Menurutnya, satu majlis perjanjian pajakan tanah telah dimeterai oleh Perbadanan NS dengan Myaltech Sdn Bhd di Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng Ampangan, pada 26 Mac lalu.
“Myaltech Sdn Bhd akan menggunakan tanah seluas 200 ekar di Senaling, Kuala Pilah untuk membuka operasi kilang peluru saiz berkaliber kecil dengan kaedah teknologi Switzerland,
“Selain untuk kegunaan pasaran tempatan, sebahagian besar daripada produk keluaran kilang ini akan diekspot ke luar negara,
“Perjanjian ini telah dimeterai didalam bulan Ramadhan yang mulia didalam masjid yang bersejarah di Negeri Sembilan,” katanya. – airtimes.my