Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Radar Gempita gagalkan cubaan 10 PATI Indonesia bolos sempadan negara

Radar Gempita gagalkan cubaan 10 PATI Indonesia bolos sempadan negara

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Hasil maklumat sistem pengesanan radar kenderaan perisai Gempita pasukan Rejimen Kedua Kor Amor Diraja (2 KAD) telah membawa kepada penahanan seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Tanjung Ayam Johor Bahru, awal pagi semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua PATI itu ditahan menerusi Op MERPATI I yang dijalankan bermula 19 Mac lalu.

Menurutnya, kesemua PATI berusia 12 hingga 43 tahun yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Pasukan 2 KAD yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Op MERPATI I telah berjaya menghidu kehadiran PATI melalui Radar Gempita 8 X 8,

“Hasil pegesanan dan penahanan dari Trup Pengawasan 2 KAD itu telah menahan 10 PATI terdiri daripada 8 lelaki dan 2 wanita warganegara Indonesia berumur di antara 12 tahun sehingga 43 tahun,

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Bayu Damai dan seterusnya menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM16,594.20 melibatkan wang tunai dan 14 buah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Ketumbukan 3 Div akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara,” jelas 3 Div lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply