Home Semasa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata, sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Sementara itu, para pesara pula akan menerima bantuan sebanyak RM350.

“BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,

“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April layak menerima RM700,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Bantuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa pembentangan belanjawan Februari lalu, yang menurutnya sebagai langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan menyambut Hari Raya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply