Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eks Urban East Coast Tiger: Pertingkat taktik, teknik operasi di kawasan terbina

Eks Urban East Coast Tiger: Pertingkat taktik, teknik operasi di kawasan terbina

by Nurulhuda

KOK LANAS, 25 Feb – Seramai 6 orang pegawai dan 59 anggota Batalion Keenam Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) telah melaksanakan Eksesais Urban East Coast Tiger Siri 2/2023 pada 20 hingga 24 Februari lalu.

Menurut Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), latihan berkonsepkan Operation In Build-Up Area (OBUA) yang dilaksanakan di Kompleks OBUA, Kem Desa Pahlawan ini turut disertai Jurulatih dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

“Peserta eksesais telah didedahkan dengan Kelas Pengenalan OBUA, Rapid Drill Exercise (RDX) dan OBUA Drill Exercise (ODX) bagi tujuan memperkenalkan dan memahirkan pengendalian senjata, taktik dan teknik bagi Operasi di Kawasan Terbina,

“Kemuncak kepada eksesais ini adalah serangan akhir objektif musuh di kawasan terbina Sektor LEOPARD yang turut disaksikan oleh Penolong Pegawai Memerintah 16 RAMD, Mejar Mohd Shaiful Amir Omar,

“Kemudian acara diteruskan dengan upacara penutup dan menanggalkan toha latihan,” jelas pihak 8 Bgd.

Dalam ucapan penutup, Penolong Pegawai Memerintah mengucapkan syabas kerana kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan latihan ini serta menekankan eksesais ini adalah sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menghadapi Eksesais Keris Strike Siri 28/23 mulai 17 Julai hingga 4 Ogos 23 nanti.

“Aktiviti-aktiviti ini sejajar dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan serta Memperkasakan Keutuhan Organisasi,” menurut 8 Bgd lagi. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply