Home SemasaGlobal Gempa bumi Turkiye: Lebih 31,000 nyawa menjadi korban

Gempa bumi Turkiye: Lebih 31,000 nyawa menjadi korban

by M.Daim

ANKARA, 14 Feb – Angka kematian akibat gempa bumi yang berpusat di Turkiye telah meragut lebih 31,000 nyawa.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan bencana negara itu (AFAD).

Menurutnya, angka kematian itu melibatkan jumlah mangsa yang disahkan terkorban di kesemua 10 wilayah terjejas akibat bencana alam berlaku pada Isnin lalu.

“Selepas gempa bumi pada Isnin lalu, sebanyak 2,724 gempa susulan direkodkan. Sementara itu, 31,643 nyawa disahkan terkorban berdasarkan maklumat yang diterima dari 10 wilayah terjejas akibat bencana,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah agensi itu, 158,165 orang mangsa telah dipindahkan keluar dari kawasan bencana. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply