Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat EC 725 AP terbangkan ibu mengandung dapatkan rawatan segera di Kuantan

Pesawat EC 725 AP terbangkan ibu mengandung dapatkan rawatan segera di Kuantan

by Nurulhuda

KUANTAN, 10 Feb – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan dengan membawa seorang ibu mengandung yang mengalami ‘Ruptured Ectopic Pregnancy In Shock’ dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, pada Khamis.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, pihak TUDM menjelaskan, pesakit, Nor Maya Izaty Zamri, 22 telah diterbangkan dengan menaiki pesawat EC 725 AP dari Lapangan Terbang Pulau Tioman dan mendarat di Padang Kemunting Majlis Perbandaran Kuantan 4 kira-kira jam 10.10 malam.

Seterusnya pesakit dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan segera.

Jelasnya, pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron ini telah diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Paranjothi Manogharan TUDM dan Mejar Muhamad Hijaz Kamarudin TUDM selaku juruterbang dan 3 orang anak kapal bersama pegawai perubatan termasuk pasukan penyelamat.

“Tanggungjawab sosial penerbangan ihsan dilaksanakan oleh TUDM ini adalah bagi mereka yang benar-benar memerlukan dan mendapatkan rawatan segera bagi membantu menyelamatkan nyawa,

“Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga,” jelas TUDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply