Home Semasa Tol percuma Jumaat dan Sabtu ini – Perdana Menteri

Tol percuma Jumaat dan Sabtu ini – Perdana Menteri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kerajaan hari ini bersetuju untuk tidak mengenakan kadar tol pada Jumaat dan Sabtu ini untuk mengurangkan beban rakyat sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, sebentar tadi.

Beliau berkata, pengecualian kadar tol itu melibatkan semua konsesi lebuh raya.

“Pertama, berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina. Jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsensi serta bersetuju supaya tidak mengenakan tol pada 20 dan 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina,

“Pengecualian ini adalah untuk meredakan orang ramai yang akan pulang ke kampung. Bukan sahaja kaum Cina, tetapi juga orang Melayu dan India semua yang lain akan bersama-sama pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga turut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan berulang peningkatan kes kemalangan yang sering kali meningkat ketika musim perayaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply