Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Latihan penerjunan tempur statik, bebas perkasa kompetensi warga 10 Briged Para

Latihan penerjunan tempur statik, bebas perkasa kompetensi warga 10 Briged Para

by Nurulhuda

JOHOR, 18 Jan – Pasukan 10 Briged (Para) melaksanakan Latihan Penerjunan Tempur Statik dan Bebas melalui Eksesais (Eks) Tiger Leap Siri 1/23 dan Eks Eagle Swift Siri 1/23 di Zon Gugur (ZG) Nenas, Simpang Renggam.

Menurut Markas 10 Bgd Para, eksesais yang diadakan pada 10 hingga 12 Januari lalu ini adalah anjuran Battle Group (BG) HORNBILL.

“Eksesais ini diadakan untuk menguji dan mengekalkan tahap kompetensi penerjun setiap kelompok Elemen Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat,

“Latihan memfokuskan kepada latihan penerjunan statik tempur dan bebas dengan melibatkan individu paratrooper yang turut memiliki kelayakan tambahan Para iaitu 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘑𝘶𝘮𝘱 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘰𝘳 (PJI), 𝘑𝘶𝘮𝘱𝘮𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 (JM), 𝘍𝘳𝘦𝘦 𝘍𝘢𝘭𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘱𝘢𝘵𝘤𝘩𝘦𝘳 (FFD) dan 𝘊𝘩𝘦𝘤𝘬𝘦𝘳/𝘙𝘪𝘨𝘨𝘦𝘳).

“Kesemua latihan terarah kepada fasa pelaksanaan Operasi Paracut dalam mengekalkan tahap kesiagaan latihan dan aturgerak ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC-ATM, 10 Bgd (Para) secara joint operation dengan bantuan aset udara C130 Hercules, dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” jelas 10 Bgd (Para) menerusi hantaran di media sosialnya.

Tambah pihak 10 Bgd (Para), eksesais seperti ini sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 Tonggak Pertama iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply