Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Darat cekup PATI Thailand ceroboh sempadan negara – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup PATI Thailand ceroboh sempadan negara

Tentera Darat cekup PATI Thailand ceroboh sempadan negara

by Muaz Rizqi

KUALA NERANG, 13 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand kerana menceroboh masuk negara dengan menggunakan laluan yang tidak sah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Pada 12 Januari 2023 jam 1000H, pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan di sektor KTJ 6 Bgd telah mengesan seorang lelaki awam dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand,

“Pasukan beroperasi seterusnya bertindak untuk menahan lelaki tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya, pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut merupakan warganegara Thailand, berumur 50 tahun dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta dipercayai memasuki negara melalui laluan haram bagi tujuan penyeludupan daun ketum.

Turut dirampas adalah satu guni bag mengandungi pakaian, sebuah lampu suluh dan sebilah parang.

Seterusnya, PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Dalam kenyataan yang sama, pihak 2 Div menjelaskan, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?