Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Perdana Menteri jangan rendahkan daya intelektual rakyat – Ketua Penerangan PAS

Perdana Menteri jangan rendahkan daya intelektual rakyat – Ketua Penerangan PAS

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Jan – PAS membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di CTCORP Leadership Forum di Indonesia baru-baru ini yang merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, TS Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan menjelaskan, tindakan Perdana Menteri yang berbicara mengenai soal kelansungan bagaimana rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai sedikit sebanyak telah menguris hati mereka.

“Kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini yang secara majoritinya menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu,

“Generasi TikTok yang telah sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya adalah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan mereka dengan menggunakan TikTok amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan dibangkit TikTokers khasnya mengenai isu rasuah juga skandal moral pemimpin PH-BN,” jelasnya hari ini.

Khairil Nizam turut menegaskan, tindakan Anwar yang pernah memfitnah Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya akan bersama BN selepas PRU15 lalu.

“Malah apabila PM berbicara soal adab kononnya, ia sebenarnya satu tamparan kepada beliau sendiri yang mana meninggalkan jauh adab apabila pernah menuduh Tuan Guru Presiden PAS fitnah beliau kononnya akan bersama BN selepas PRU15,

“Sedang hakikatnya pasca pilihan raya benar-benar kleptokrat yang digelar sebagai penyamun ‘hoi ya hoi’ itu menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan pusat,

“Di mana nilai adab Perdana Menteri bila mana terlalu banyak berbohong? Inikah yang mahu beliau tunjuk kepada rakyat yang dikatakan sebagai beradab?,” ujarnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan janji-janji Anwar sebelum PRU15 yang mahu mengutamakan kebajikan rakyat dan sehingga kini ianya masih tinggal janji walau lebih sebulan kerajaan PH-BN dibentuk.

Sehubungan itu, Khairil Nizam menyarankan agar Anwar belajar adab dan belajar mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi rakyat.

“Selain itu, Perdana Menteri juga perlu hormat kepada orang yang pernah membela beliau semasa beliau kononnya difitnah dalam skandal peribadi walau selepas itu dibuktikan bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman,

“Usah berkokok di padang lain (di negara jiran) sedang ekor bergelumang najis di negara sendiri,” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply